Minggu, 15 Desember 2013
Vettel Julang Juara Dunia Kali Keempat
GREATER NOIDA – Sebastian Vettel merangkul gelaran dunia buat kali keempat dan membantu pasukannya, Red Bull menjulang trofi pengeluar selepas meraih kemenangan menakjubkan pada Grand Prix India, hari ini.
Vettel yang bermula dari petak utama membuat hentian pit awal untuk menukar tayar tetapi kemudiannya mempamerkan pemanduan terbaik untuk mencatat kemenangan Grand Prix India dengan 30 saat mengatasi pencabar dari Mercedes, Nico Rosberg manakala wakil Lotus, Romain Grosjean ketiga.
Pemandu Jerman berusia 26 tahun itu muncul pemandu termuda meraih gelaran dunia empat kali berturut-turut selain Juan Manuel Fangio dan Michael Schumacher yang pernah berbuat demikian.
“Memang hari yang sukar dipercayai. Kami berjaya. Ya! Ya!,” kata Vettel menerusi radio pasukannya. – AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar