Social Icons

Pages

Kamis, 26 Desember 2013

Akibat Silikon Tangan Dan Kakinya Terpaksa Dipotong

Akibat Silikon Tangan Dan Kakinya Terpaksa Dipotong:-Hari ini mari membaca kisah  Apryl Michelle Brown (47). Pada tahun 2005 Apryl mahukan punggung yang lebih montok. Kerana kekurangan wang beliau melakukan prosedur menyuntik silikon secara haram di rumah seorang teman. Silikon yang digunakan di sini bukanlah silikon biasa tetapi silikon penebat yang digunakan pada bangunan. Selepas menjalani dua prosedur haram ini beliau mendapat punggung seksi yang beliau idamkan. 

Malang bagi Apryl selepas setahun silikon di dalam punggung beliau mengeras. Kerana tidak tahan dengan kesakitan dan kegatalan yang diakibatkan implan ni, beliau akhirnya bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat pakar. Hanya pada tahun 2011 beliau akhirnya dapat menjalani prosedur membuang implan haram ini. Sekali lagi malang bagi Apryl silikon penebat ini mengakibatkan kerosakan tisu badan dan sebahagian tisu punggung terpaksa dibuang. Ketika di dalam proses pemulihan kawasan tisu yang dibuang mengalami masalah jangkitan Staph dan beliau jatuh koma. Kaki dan tangan beliau mereput akibat jangkitan ini dan terpaksa dipotong. Kini beliau hidup tanpa tangan, kaki dan punggung. Jadi ingatkan rakan-rakan, syukurilah nikmat tuhan dan jangan merubah rupa asal anda dengan pembedahan plastik cap ayam!








Tidak ada komentar:

Posting Komentar