Social Icons

Pages

Jumat, 14 Februari 2014

VIDEO Kereta Lamborghini Terputus Dua



Sebuah kereta sport mewah jenis Lamborghini putus dua selepas terlibat dalam satu kemalangan di Brooklyn, New York.

Visual rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipaparkan di laman YouTube pada saat pelanggaran itu berlaku.

Video selama 1:08 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Mazda berwarna hitam yang membelok ke kiri datang dari arah bertentangan.

Lamborghini itu yang sedang bergerak laju tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengelak melanggar kereta itu, seterusnya terbabas dari jalan raya.

Ia kemudinnya menghentam dinding di tepi jalan kemudian terputus dua.

Pelanggaran itu menyebabkan Lamborghini model Aventador itu terpisah dua bahagian dengan jarak kira-kira sembilan meter antara satu sama lain.

Tiada sebarang kecederaan dalam kemalangan ini tetapi ia menyebabkan pengguna YouTube terkejut bagaimana kerera semahal Lamborghini boleh terpotong kepada dua bahagian.

Mungkin ada kereta Lamborghini dijual edisi kereta potong kot? Macam-macam hal.

Video itu yang dikongsikan pada 22 September lepas, kini sudah pun ditonton 386,174 kali oleh pengguna laman YouTube.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar