Social Icons

Pages

Jumat, 21 Februari 2014

Galaxy S4 Zoom Gajet Hibrid 2 Dalam 1


PENGELUAR telefon bimbit pintar terkemuka, Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan hibrid terbaru iaitu gajet dua dalam satu dengan menggabungkan fungsi kamera penuh dengan telefon pintar.

Sebelum ini pengguna sedia maklum bahawa Galaxy S4 merupakan antara model terbaharu segmen telefon pintar yang telah memasuki pasaran awal tahun lalu. Namun kini dengan fungsi sama sepertinya, mereka dapat menggunakan kamera dengan fungsi lensa boleh laras.

Peranti yang dikenali sebagai Galaxy S4 Zoom itu merupakan inovasi telefon bimbit pintar bersama kamera yang dijana oleh sistem operasi Android Jellybean 4.2 sekali gus membuatkan penggunanya mengujakan.

Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, peranti ini mampu merakam gambar secara terus dan berkongsi bersama pemanggil ketika pengguna sedang dalam perbualan telefon.

“Dipacu oleh kamera 16 mega piksel serta fungsi pengesan CMOS, ia boleh merakamkan gambar dengan baik walaupun di bawah cahaya malap.

“Galaxy S4 Zoom turut didatangkan bersama paparan skrin sentuh 4.3 inci Super AMOLED dan perkongsian bijak juga dapat dilakukan sama seperti pada gajet baru keluaran Samsung sebelum ini,” katanya pad majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Selain itu, aplikasi yang terdapat pada kamera boleh dicapai dengan memusingkan gegelang pada lensa bagi capaian zoom lebih pantas untuk objek jauh.

Di sebalik kesemua aplikasi tersebut, kebanyakan fungsi menarik pada telefon bimbit pintar hibrid ini tertumpu pada aplikasi kamera seperti capaian secara mudah untuk fungsi automatik, galeri, Smart Mode, Manual, program dan pelbagai fungsi kamera lain.

Apa pun, mereka yang ingin mengurangkan beban membawa pelbagai jenis gajet ketika bekerja secara rasmi, mengembara atau bercuti, Galaxy S4 Zoom mungkin jawapannya.

Galaxy S4 Zoom kini telah berada di pasaran dengan harga RM 1,699 dan mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi lanjut mengenainya bolehlah layari laman web www.samsung.com atau laman sosial www.facebook.com /samsungmobilemalaysia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar