Kamis, 30 Januari 2014
Syahid di dunia menaikkan martabat perajurit
| Harakahdaily, | 19 Mac 2013 | 
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin  menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang  mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan  seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat  sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan  Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan  menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang  yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya  seperti yang dijelaskan oleh para ulama.
Berita berkaitan perkara itu oleh Najib dan Ustaz Harun sebelum ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar