Social Icons

Pages

Rabu, 13 Agustus 2014

Kanak Kanak 18 Bulan Diculik Depan Mata Ibunya Di Bangsar


KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki, 18 bulan, diculik ketika sedang makan bersama ibunya di rumah mereka, di Bangsar, di sini, kira-kira 6 petang semalam.

Freddie Joseph dikatakan dilarikan seorang lelaki ketika ibunya masuk sebentar ke dalam rumah.

Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata ibu mangsa, seorang guru sekolah swasta berusia 39 tahun itu terdengar bunyi piring jatuh lalu menoleh dan melihat suspek mengambil anaknya.
“Ibu mangsa terus menjerit meminta tolong yang kemudian didengari beberapa jiran.

“Terdapat jiran berlari untuk membantu tetapi suspek mengeluarkan pisau lalu terus masuk ke dalam kereta yang menanti di hadapan rumah sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, polis percaya suspek turut dibantu seorang lagi dipercayai wanita.

“Polis percaya perbuatan ini dilakukan orang yang mengenali keluarga mangsa dan menolak kemungkinan ia dilakukan untuk meminta tebusan.

“Pihak kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik yang membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya. – Harian Metro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar